ARTIKEL SEBELUM

7/04/16

Bekas penyanyi terkenal calon PAS di S'wak

Bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi calon bukan Islam PAS yang pertama bakal bertanding dalam pilihan raya ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Clement, 59, pernah merakamkan sebuah album pada 2010 juga adalah tuai rumah (ketua rumah panjang) serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak adalah antara 11 calon yang bakal ditampilkan oleh PAS dan akan bertanding di kawasan DUN Kakus.


PAS turut menampilkan calon termuda dan satu-satunya calon wanita iaitu Hamidah Mokthar,26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah PAS Sarawak yang bakal bertanding di kerusi DUN Beting Maro.

Calon-calon PAS lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi DUN baru).

Kesemua nama-nama calon diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di Bintulu malam tadi.

Terdahulu sebelum pengumuman dibuat, Abdul Hadi di dalam ucapan berkata, pemilihan calon-calon PAS untuk pilihan raya adalah berdasarkan maklum balas dari akar-umbi di Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Untuk pilihanraya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan termasuk 11 kerusi DUN baharu selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud